Pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Yang Baru

Seluruh warga kerja MCMC mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din atas pelantikan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang baru berkuat kuasa 1 Mac 2023. MCMC yakin, pengalaman luas dan ketokohan beliau sepanjang berkhidmat sebagai Pengerusi Interim dan pembabitannya dalam sektor korporat, mampu memberi kelebihan kepada beliau untuk mengukuhkan peranan Suruhanjaya dan ekosistem digital negara merangkumi JENDELA untuk meningkatkan tahap kesalinghubungan menyeluruh serta usaha pembangunan rangkaian 5G di seluruh negara.

Selain itu, agenda untuk memperluaskan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sebagai pusat transformasi kepada usahawan dan usaha untuk menangani masalah berita palsu, kandungan jelik dan scam akan turut diberikan tumpuan.

#KKD
#MCMC

Sumber FB SKMM

Kembali Ke Atas