Covid-19: Perhatian!!! Semua peserta Ijtimak Tabligh di mohon untuk segera membuat saringan di Pejabat Kesihatan Daerah terdekat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan mereka yang telah menghadiri ‘Ijtimak Tabligh’ di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur dari 27 Februari 2020 hingga 1 Mac 2020, segera menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah untuk membendung penularan jangkitan COVID-19. Sila hubungi CPRC hotline 03-88810200, 03-88810600, 03-88810700 atau Pejabat Kesihatan Daerah.