Maxis eKelas - Anugerah Gemilang 2019 - Permohonan Dibuka Sekarang!

Salam dan Hello kepada Semua!

Selamat Tahun Baru 2020 dan bersua kita sekali lagi untuk Maxis eKelas pada tahun ini.

Pada tahun ini Pihak Maxis eKelas akan menjemput kesemua lebih dari 13,000 pelajar-pelajar yang telah berdaftar di dalam Portal Maxis eKelas untuk menyertai program Anugerah Gemilang eKelas 2019, dimana Maxis akan memberi ganjaran kepada pelajar yang telah berusaha dan berjaya menunjukkan peningkatan dalam pelajaran di sekolah.

PERHATIAN:

  • Pelajar perlulah mencapai sekurang-kurangnya peningkatan satu gred yang lebih baik dalam mana-mana *dua* atau *tiga* subjek yang diajar di dalam program Maxis eKelas, iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
  • Pelajar perlu mengepilkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2019 dan keputusan peperiksaan akhir tahun 2019 mereka sebagai bukti.
  • Keputusan ini boleh dimuat-turun melalui SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah).
  • Pelajar perlu mengepilkan bukti bahawa mereka juga sudahpun berdaftar di dalam Portal Maxis eKelas dengan mengambil tangkapan skrin (screen shot) gambar seperti di bawah ini:
  • Untuk pemahaman yang lebih lanjut lagi, semua maklumat lanjut telahpun diletakkan di dalam Portal Maxis eKelas dan boleh dirujuk di:
  • Sebagai rangsangan kepada pelajar-pelajar anda, ingatkan mereka bahawa Anugerah Gemilang 2019 akan membolehkan mereka menerima:
    • peningkatan satu gred yang lebih baik dalam *kesemua* subjek: RM 1,200 + pek permulaan sekolahpeningkatan satu gred yang lebih baik dalam mana-mana *dua* subjek: RM 600 + pek permulaan sekolah
    • peningkatan satu gred yang lebih baik dalam *satu* subjek sahaja: RM 150 + pek permulaan sekolah
  • Permohonan untuk Anugerah Gemilang 2019 ini hanyalah melalui 1 cara sahaja, iaitu melalui pengisian borang atas talian (online form) di dalam Portal Maxis eKelas.

Adalah menjadi harapan kami agar anda semua, Pengurus dan Penolong Pengurus, dapat membantu pelajar-pelajar anda sekiranya mereka kurang mahir dalam pengisian borang atas talian ini.

  • Tarikh tutup penyertaan ini adalah sehingga 31 Januari 2020.
  • Pelajar yang terpilih untuk menerima Anugerah Gemilang ini akan diraikan dalam sebuah majlis khas yang akan dianjurkan oleh pihak Maxis pada bulan Mac 2020 di Kuala Lumpur.

Kembali Ke Atas