Jom undi secara atas talian untuk inisiatif MCMC di WSIS 2020!

Salam & Selamat Sejahtera,

Tuan/ Puan/ Saudara/ Saudari/ Encik/ Cik,

Sukacita dimaklumkan bahawa 2 inisiatif yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah disenaraipendek bagi merebut anugerah dalam Hadiah Projek Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Masyarakat Bermaklumat 2020 (WSIS Prizes 2020 - ITU). 2 inisiatif yang terpilih untuk kategori 17 adalah seperti berikut:

  • Kategory 17 – Klik Dengan Bijak
  • Kategory 17 – Malaysia ICT Volunteer

Sehubungan dengan itu, pihak MCMC memohon kerjasama pihak SP dan Pusat Internet untuk bersama-sama mengundi sebagai tanda mengekspresikan sokongan terhadap inisiatif-inisiatif yang telah dijalankan ini bagi mendapat pengiktiran antarabangsa di Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Masyarakat Bermaklumat 2020.

CARA UNDIAN

Undian bagi inisiatif ini boleh dibuat melalui pautan https://www.itu.int/net4/wsis/stocktaking/prizes/2020/. Dilampirkan panduan bagi membuat undian secara atas talian untuk WSIS PRIZES 2020 sebagai rujukan semua.

Tarikh akhir undian adalah pada 24 Januari 2020.

Bagi Maklumat Lanjut Sila Klik Link Berikut

Klik Utk Poster Penuh
Klik Untuk Panduang Mengundi

Kembali Ke Atas