PC Komponen dan Permainan Pendidikan

Seramai 4 orang peserta terdiri daripada 2 lelaki dan 2 perempuan hadir ke PEDi Presint 9 Fasa 10 untuk mengikuti kelas ICT yang dianjurkan bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Sesi pembelajaran berlangsung selama 2 jam dan peserta diminta untuk menjaga penjarakan sebagai langkah pencegahan

Petugas menyediakan tayangan video mengenai komponen komputer dan menyediakan aktiviti tambahan dimana setiap peserta diminta untuk meletakkan nama di setiap bahagian komputer di dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk menguji pemahaman peserta dan menjadikan sesi pembelajaran menjadi lebih menarik

Bagi sesi kedua,peserta mempelajari cara membuat latihan matematik menggunakan permainan pendidikan secara atas talian – abcya.com. Dengan menggunakannya, peserta lebih memberi tumpuan kerana kandungannya sangat interaktif dan terdapat pelbagai pilihan yang bersesuaian.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *