Staff PEDi Presint 9 Fasa 3 telah mengikuti Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 18/2022- Elak Terlebih Kongsi. Program ini telah diadakan secara maya di Facebook Klik Dengan Bijak. Moderator untuk program ini ialah Ts Md Tahir Musa, Timbalan Pengarah Jabatan Program Komuniti, MCMC. Manakala penceramah pula ialah Puan Cik Noamie Anak Balai, Penolong Pengarah Pejabat MCMC Negeri Sarawak Cawangan Miri.
Initpati program ini adalah mengenai elak dari terlebih kongsi di media sosial. Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan internet di Malaysia menunjukkan 5 aktiviti yang popular, yang pertama 89.0% pengguna internet di Malaysia banyak menggunakan social media, aktiviti yang kedua 91.8% aktiviti memuat turun gambar, lagu, filem dan drama, dan juga permainan atas talian. Aktivit yang ketiga 89.4% aktiviti mencari maklmat tentang barang atau servis, yang keempat 89.2 % penggunaan aplikasi mesej seperti Whatsapp dan Telegram dan yang terakhir 86.3% memuat turun aplikasi atau software.
Apa itu terlebih kongsi (Oversharing)? Terlebih kongsi ialah kita mengepos terlalu banyak infomasi atau maklumat peribadi terutamanya di laman rangkaian social dan membiarkan jutaan orang di internet melihat informasi peribadi anda. Antara maklumat-maklumat peribadi yang tidak perlu dikongsi di media social, nombor kad pengenalan, alamat rumah, nombor telefon, lokasi pergerakan terkini, gambar-gambar intim dan maklumat rahsia.
Kesimpulanya, untuk mengelak diri dari terlebih kongsi, kawal selia kendiri diperlukan. Kawal Selia Diri adalah keupayaan untuk mengawal dan mengarah perasaan, pemikiran, dan tindakan sendiri dan sangat penting sesorang untuk mengawal emosi dan keinginan atau nafsu di runagan siber. Jadi, bijaklah berkongsi!
Program ini diadakan selama 1 jam setengah bermula 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Ia disertai oleh pelbagai PEDi di Malaysia. Program ini diakhiri dengan sesi menjawab kuiz pemahaman mengenai padah terlebih kongsi secara atas talian.