PEDi Batu Gajah telah menyertai sesi live webinar berkaitan taklimat Shopee x MCMC – Penjual Baru: Keusahawanan 101. Taklimat ini berlangsung selama 3 jam bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 12 Tengahari. Sesi kali ini, bersama Cik Shira yang merupakan pengajar dan pegawai dari Shopee. Sesi ini merupakan sambungan kelas yang telah diadakan sebelum ini. Sesi ini juga menfokuskan kepada untuk mengajar para usahawan berkaitan dengan pemasaran produk menggunakan laman Shopee dan melahirkan usahawan yang menjadikan Shopee sebagai platform memasarkan produk.
Antara kelebihan aktiviti adalah dapat melahirkan golongan usahawan yang mengikuti perkembangan teknologi terkini yang mana semua usahawan digalakkan berniaga secara dalam talian. Perkongsian ini tentunya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para usahawan bagi meningkatkan promosi produk sekaligus dapat meningkatkan pendapatan dari perniagaan yang dijalankan. Perkongsian ini tentunya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para usahawan bagi meningkatkan promosi produk sekaligus dapat meningkatkan pendapatan dari perniagaan yang dijalankan.