Kelas Microsoft Excel dan Advokasi

Pada 29 Januari 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Microsoft Excel dan Advokasi Keselamatan Siber (Sesi 3) yang bermula dari pukul 10:30 pagi sehingga 1:30 petang bertempat di bilik latihan PEDi Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 7 orang komuniti setempat.

Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada Microsoft Excel dan sesi advokasi Keselamatan Siber kepada para peserta. Para peserta telah diberi tiga (3) latihan Asas Formula dan latihan Matematik menggunakan Microsoft Excel. Tujuan latihan ini adalah untuk membantu para peserta lebih memahami teori formula yang telah dipelajari, Kelas ini diakhiri dengan menyampaikan sijil tamat kursus komputer kepada para peserta.

Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat. Tahniah kepada semua peserta dan selamat maju jaya.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *