Pengisian Online e-Pengambilan PDRM

Pada 27 Januari 2023 (Jumaat) Alia Atikah telah datang ke Pusat Ekonomi Digital Pokok Sena untuk mengisi permohonan secara atas talian bagi kekosongan Polis Diraja Malaysia. Memandangkan Alia merupakan Alia diajar cara mengisi jawatan untuk Konstable Polis Gred YT1 (Kategori Lelaki /Wanita) dengan betul.

Alia juga memberitahu dengan adanya PEDI Pokok Sena memudahkan dia untuk mencari sebarang maklumat mengenai sebarang jawatan kosong yang disiarkan di media sosial. Memandangkan Alia merupakan kali pertama mengisi permohonan secara online, petugas PEDI juga memberi tunjuk ajar kepada Alia tentang cara-cara mengisi kekosongan jawatan dengan betul.Menerangkan syarat-syarat yang perlu diketahui sebelum mengisi borang online tersebut.Selain itu, Alia juga diberi tunjuk ajar tentang cara mendaftar menjadi pengguna baru bagi permohonan SPA9 .

Disamping itu ,Petugas juga memberi tunjuk ajar kepada Alia cara membuat resume untuk digunakan semasa permohonan pekerjaan. Alia menghasilkan resume pekerjaan dengan menggunakan aplikasi Canva.com.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *