SarawakJobs

Pada Sabtu – 28 Januari 2023, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung pada pukul 9:00 pagi hingga 11:00 pagi. Kelas yang berlangsung selama 2 jam tersebut telah disertai oleh 1 orang peserta. Kelas tersebut telah diadakan di bilik latihan PEDi Lubok Antu.

Kelas ini adalah bagi memperkenalkan website SarawakJobs dan menjelaskan peserta dengan cara memanfaatkannya. Pertama, peserta telah diarahkan untuk mendaftarkan diri sebagai pencari kerja pada website tersebut. Seterusnya peserta diminta log masuk dan mengisi data peribadi yang diperlukan pada langkah ini.

Setelah itu, peserta juga memuat masuk gambar pasport dan resume bagi memenuhi syarat permohonan pekerjaan. Tambahan pula, peserta juga diajar cara menggunakan butang pencarian khusus bagi memudahkan pencarian kekosongan jawatan yang berkenaan dengan kelayakan beliau. Akhir sekali, peserta telah dibimbing cara mengisi beberapa jawatan kosong yang bersesuaian dengan kelayakan beliau.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  1. Pengenalan kepada SarawakJobs
  2. Proses mengisi data dan memohon pekerjaan
  3. Bersurai

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *