Program ICT bersama Giatmara

Pada Isnin – 30 Januari 2023, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 pagi bagi sesi pagi manakala sesi petang bermula pada pukul 14.00 petang hingga 17.00 petang. Kelas ini telah disertai oleh seramai 14 orang peserta yang merupakan pelajar Giatmara Lubok Antu. Kelas tersebut telah diadakan di bilik latihan PEDi Lubok Antu.

Kelas ini adalah bagi memberikan latihan ICT pada pelajar baharu Giatmara Lubok Antu bagi tahun 2023. Pada sesi pertama dalam kelas Microsoft Word ini, peserta telah diberikan asas pengenalan kepada tajuk secara teori. Antara bidang yang disentuh dalam sesi ini adalah seperti cara membuka Word, membuat dokumen baru, memilih templat dan mengakses dokumen.

Selain itu, peserta juga didedahkan dengan fungsi yang terdapat pada ribbon, fungsi quick access toolbar, backstage view, paparan dokumen dan zoom in/out. Di samping itu, peserta juga telah diajar cara membuka dokumen baru serta cara menghasilkan dan menyimpan dokumen. Tambahan pula, bagi sesi petang peserta telah diarahkan untuk menghasilkan surat rasmi sebagai aktiviti praktikal selepas mendapatkan penerangan secara terperinci serta mendapatkan bimbingan langsung daripada staf yang bertugas.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

-Pengenalan kepada Microsoft Word secara teori
-Penerangan cara menghasilkan surat rasmi
-Proses menghasilkan surat rasmi secara teori
-Bersurai

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *