Program Suntikan Typhoid dan Advokasi KDB

Pada 20 Januari 2023, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Program Suntikan Typhoid dan Advokasi KDB selama 2 jam. Program ini dijalankan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Program ini diadakan bertujuan membantu para pengendali makanan khususnya usahawan pembuatan makanan dan pekerja kedai makan untuk mendapatkan Suntikan Typhoid. Untuk makluman, kegagalan mendapatkan sijil makanan dan suntikan boleh dikenakan denda sebanyak RM 2000.00 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Program yang julung kali ini diadakan berjaya menarik 26 orang penduduk kawasan Kg.Semangar dan sekitar. Mereka juga berharap program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *