Pada 16 Februari 2023, Khamis, Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengikuti program UPM berkaitan Kaji Selidik Kesedaran Awam Mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Malasysia 2022. Kutipan ini dilakukan di Jalan Lorong Merdeka, Sibu, Sarawak bersama 4 orang wakil UPM Serdang, Selangor untuk bersama sama menjalankan kutipan. Kutipan data ini bermula pada pukul 10:30 pagi sehingga pukul 12:30 tengahari.
Program ini adalah anjuran daripada Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC), bahagian di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), sedang menjalankan satu kaji selidik peringkat kebangsaan tentang Kesedaran Awam Mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (STI). Diharapkan banyak lagi agensi luar menggunakan PEDi dan manfaatkan PEDi untuk menjayakan program atau kajian mereka.