Pada 25 Mac 2023 yang lalu, bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah diadakan Kelas Asas Microsoft Word dan Microsoft Excel. Kelas bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 7 orang peserta lepasan SPM. Dalam kelas ini, peserta telah dibimbing cara membuat risalah menggunakan Microsoft Word.
Selain itu, peserta juga dibimbing dengan penggunaan Microsoft Excel dan pengiraan ringkas. Selain itu, peserta juga diberikan latihan Excel bagi meningkatkan lagi pemahaman para peserta dengan asas pengiraan dalam Microsoft Excel. Diharap program seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya mereka dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.
maklumat lanjut sila layari http://kgjeriah.pimaxis.my/aktiviti/2023/ExcelMac.html