Majlis Sambutan Hari Raya Bersama PDM Lawang

Pada 20 Mei 2023, Sabtu yang lalu, PDM Lawang telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya yang diadakan di Bilik Gerakan Kg Lawang bermula jam 1.00 petang hingga 06.00 petang. Tujuan Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara komuniti Lawang dan juga PEDi Lawang. Program ini juga adalah untuk berkongsi kegembiraan dalam menyambut hari raya tanpa ada perbezaan antara miskin dan kaya.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci AL-Quran iaitu bacaan surah Yasin oleh komuniti Lawang. Lebih kurang seramai 80 hingga 100 orang komuniti Lawang telah hadir pada hari tersebut dan sambutannya sangat menggalakkan dan meriah. Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini dijalankan adalah untuk menghayati bulan – bulan kebesaran Islam, menanamkan sifat pemaaf dan pemurah antara orang Islam. Pelbagai juadah disediakan oleh penduduk kampung yang dimasak secara bergotong royong bagi memeriahkan lagi program ini. PEDi Lawang juga menyertai aktiviti kemasyarakatan ini juga bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara staf PEDi dan juga komunti Lawang.

Hal ini bertepatan dengan slogan PEDi Lawang iaitu “PEDi Bersama Masyarakat”. Semoga ukhwah yang terjalin antara staf PEDi dan juga komuniti Lawang berkekalan sehingga ke penghujungnya. Program ini diharap dapat memberi kesan yang mendalam kepada semua dalam menghayati dan mengamalkan segala amalan yang afdhal dilaksanakan dalam kita bergembira menyambut Aidilfitri yang mulia. Selain itu semoga Aidilfitri yang diraikan ini membuka seribu ruang kemaafan sesama warga komuniti, dan staf PEDi dalam menjalinkan silaturrahim yang lebih utuh sebagai sebuah keluarga. Insyaallah.

Maklumat lanjut http://kglawang.pimaxis.my/aktiviti/2023/RayaPDMLawangMei.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *