Mesyuarat AJK PEDi Melugu

Pada 13 Mei 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan mesyuarat dengan menjemput AJK-AJK PEDi Melugu. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari Bersama AJK PEDi Melugu yang dicadangkan pada 24 Jun 2023.

Ketua kampung yang menghadiri mesyuarat pada kali ini telah mencadangkan pelbagai jenis aktiviti diadakan seperti menyumpit, menembak dart, mengupas buah kelapa tua, berlari membawa bola ping pong, meneka bilangan gula-gula dalam balang, meneka nama anak patung dan pertandingan futsal.

Aktiviti-aktiviti tersebut akan dijalankan di Dewan JKKK Melugu Skim manakala pertandingan ICT untuk ahli-ahli PEDi Melugu akan dijalankan di Bilik Latihan PEDi Melugu. Mereka turut mencadangkan untuk menjemput ahli parlimen P202 Sri Aman, iaitu Dato’Sri Doris Sophia bagi merasmikan program tersebut.

Maklumat lanjut http://melugu.pimaxis.my/aktiviti/2023/MeetingAJKMei.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *