Latihan Asas ICT

PEDi Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan Kelas Latihan Asas ICT untuk ahli PEDi terdiri daripada 7 orang peserta lelaki dan latihan ini berlangsung selama 3 jam bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 6.00 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 10

Pada permulaan sesi, peserta mempelajari cara menggunakan Word Art di Microsoft Power Point untuk menghasilkan poster sempena bulan Kemerdekaan. Peserta diajar cara untuk memilih tulisan yang bersesuai, menukar latar belakang, warna dan sebagainya. Petugas PEDi juga memberi tunjuk ajar cara memuat turun gambar daripada google images dan memasukan gambar tersebut ke dalam Microsoft Power Point

Pada sesi kedua, diadakan latihan uji minda mengenai bulan Kemerdekaan menggunakan applikasi Kahoot Online. Peserta perlu melihat soalan yang dipaparkan di skrin utama dan memilih jawapan yang betul di skrin komputer masing-masing. Peserta yang dapat menjawab soalan dengan tepat dan pantas akan diberikan markah. Nama peserta yang mendapat markah tertinggi akan dipaparkan pada skrin utama setelah sesi menjawab berakhir

Bagi aktiviti terakhir, peserta diminta untuk menghasilkan kraftangan menggunakan bahan – bahan seperti kertas warna, gunting, gam, pembaris dan marker pen. Peserta dibahagikan kepada kumpulan dan mereka perlu bekerjasama untuk memastikan kraftangan berjaya dihasilkan dalam tempoh masa yang diberikan. Dihujung sesi, peserta perlu membentangkan hasil kraftangan mereka di hadapan rakan dan petugas PEDi.

Maklumat lanjut http://presint9f10.pimaxis.my/aktiviti/2023/2%20sept%202023.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *