Pada 1 September 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah menjalankan kelas asas Microsoft Word. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 6 orang murid Tingkatan 1. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk membentuk para peserta yang mahir dalam menggunakan Microsoft word. Terdapat banyak fungsi yang boleh memudahkan sesuatu kerja.
Antaranya ialah, dapat menulis sejumlah dokumen yang dapat diprint atau dicetak. Selain itu dapat digunakan untuk membuat dokumen keperluan surat menyurat samaada rasmi atau tidak rasmi. Oleh itu, banyak lagi faedah yang dapat digunakan untuk memudahkan sesuatu kerja online. Dengan adanya kelas tersebut mereka dapat menyiapkan jadual dengan cepat dan menarik.
Maklumat lanjut http://batangmaro.pimaxis.my/aktiviti/2023/1%20sept%202023%20b.html