Puan Nurshafiza Sazli telah membuat temujanji bersama Pengurus PEDi Linggi untuk belajar Cara Memohon Rumah Mampu Milik Secara Online pada jam 10 pagi.
Pengurus mengajar beliau cara mengisi borang secara online dan mengajar cara-cara scan dokumen, rename nama fail dengan nama sendiri dan memuat naik dokumen ke atas talian.
Melalui kelas ini Puan Nurshafiza yang tidak berapa mahir menggunakan komputer dan internet berjaya menguasai cara mengisi borang dan serba sedikit mengenai ICT. Kelas tamat pada jam 11.15 pagi.
Maklumat lanjut http://linggi.pimaxis.my/aktiviti/2023/28%20ogos%202023.html