Advokasi KDB @ Kelas Kreatif KEMAS

Pada 14 September 2023, telah berlangsung Advokasi KDB @ Kelas Kreatif KEMAS. Program ini berlangsung di Perpustakaan Desa Behor Mali bermula pada 3.00 Petang hingga 5.30 Petang. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak KEMAS Negeri Perlis. Program ini diadakan untuk menyampaikan informasi tentang PEDi yang memainkan pelbagai peranan termasuk menyampaikan informasi tentang maklumat palsu dan klik dengan bijak kepada komuniti setempat. Terdapat beberapa aktiviti sampingan yang dijalankan oleh PEDi Tambun Tulang antaranya gubahan dan kraftangan sempena sambutan Hari Malaysia.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Maklumat lanjut http://tambuntulang.pimaxis.my/aktiviti/2023/BookmarksSept.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *