Pada Jumaat – 29 September 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bengoh dan PEDi Kpg. Bra’ang Bayur telah mengadakan satu Program Advokasi Klik Dengan Bijak yang melibatkan penglibatan lebih kurang 100 orang murid sekolah rendah tersebut dan 6 orang guru di SK St Patrick, Padawan. Program dimulakan dengan icebreaking oleh PEDi Bengoh dan PEDi Kpg. Bra’ang Bayur, dan seterusnya dengan senaman ringan iaitu senam aerobik yang mempunyai tarian yang mudah untuk diikuti oleh para murid tersebut. Objektif program ini diadakan adalah untuk berkongsi mengenai Topik Buli: Siber Buli yang kerap kali berlaku dalam kalangan masyarakat kita terutama pelajar sekolah.
Di dalam perkongsian ini, murid didedahkan dengan jenis pembulian, faktor pembulian,tips untuk mencegah dan juga apa yang harus mereka lakukan jika mereka menghadapi masalah ini. Turut dikongsikan adalah mengenai isu Oversharing, Maklumat Palsu dan juga Penggunaan Internet. Setiap isu yang dikongsi, kami juga kaitkan dengan topik utama iaitu siber buli. Oversharing boleh mengundang kepada buli di dalam internet. Penyebaran maklumat palsu mengenai individu adalah satu bentuk fitnah yang merupakan salah satu siber buli.
Dan penyalahgunaan kemudahan Internet membawah kepada jenayah buli dan jenaya siber yang lain. Sebelum mengakhiri program kami, kami telah mengadakan satu permainan ringkas untuk para murid dan ada juga sesi soal jawab untuk menguji sejauh mana kefahaman para murid tentang topik yang kami kongsikan. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada setiap peserta dan kami pihak PEDi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kunjungan kami.
Maklumat lanjut https://bengoh.pimaxis.my/aktiviti/2023/CyberBullySept.html