Pada 4 November 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas Komputer, Menaip dan Microsoft Word yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 1:00 tengah hari bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang peserta. Pada permulaan kelas, peserta telah diperkenalkan dengan Pusat Ekonomi Digital.
Seterusnya, peserta telah dibimbing tentang tatacara penggunaan komputer dengan betul serta fungsi setiap komponen. Para peserta juga turut diajar cara menaip yang betul. Di dalam kelas asas Microsoft Word pula, para peserta telah didedahkan dengan asas penggunaan Microsoft Word seperti ubahsuai teks, perenggan dan fungsi-fungsi yang ada dalam Microsoft Word. Sebelum kelas tamat, para peserta telah diberikan latihan bagi menguji tahap pemahaman mereka terhadap topik yang telah dipelajari. Diharap program seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya mereka dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.
Maklumat lanjut https://kgjeriah.pimaxis.my/aktiviti/2023/WordNov.html