Mohd Aerel Exmal

Mohd Aerel Exmal merupakan pelajar Tingkatan 2 di SMK Bekenu dan berusia 14 tahun. Beliau sering menggunakan kemudahan komputer dan internet berkelajuan tinggi di awal penubuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Peliau Bungai di samping menjadi ahli PEDi pada tahun 2017. Dengan adanya PEDi ini membantu beliau untuk mempelajari ilmu ICT di samping dapat meneroka dan mengikuti perkembangan di luar mahupun di dalam negara.

Tambahan pula, dengan adanya internet berkelajuan tinggi, ia dapat membantu penduduk setempat untuk melayari internet kerana tiada capaian internet di kawasan sekitar PEDi. Sebelum penglibatan beliau di PEDi Peliau Bungai, beliau kurang pendedahan mengenai komputer, sukar untuk mendapatkan maklumat dalam pembelajaran tanpa sebarang kemudahan internet di sekitar Kampung Peliau Bungai, dan tiada asas komputer dan aplikasi dalam komputer.

Dengan adanya kelas yang dianjurkan oleh PEDi, beliau dapat belajar dan menambah ilmu pengetahuan serta meningkatkan ilmu pengetahuan dalam ICT.