PEDi Bekenu telah membuat satu kuiz yang bertemakan Hari Malaysia 2022 dengan menggunakan aplikasi Wordwall. Tujuan utama kuiz ini adalah untuk mendedahkan komuniti setempat mengenai sejarah pembentukan Malaysia dengan menghayati perjuangan sebenar tokoh-tokoh yang berjuang demi negara dahulu kala.
Kuiz ini telah dimuat naik di laman sosial Facebook PEDi Bekenu. Perkongsian kuiz ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat.