Bagaimana kita dapat memastikan objektif pembangunan PEDi dapat dicapai dengan efektif?

Bagi memperkukuh dan memperkemaskan lagi peranan PEDi sebagai pusat pendigitalan dan tumpuan komuniti setempat, sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Panel Penasihat PEDi diwujudkan di semua PEDi di seluruh negara. Objektif utama Panel Penasihat PEDi adalah untuk menggalak dan memberi peluang kepada pelbagai pihak berkepentingan (stakeholders) dalam kalangan komuniti setempat untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan PEDi serta menarik masyarakat setempat untuk mengguna pakai sepenuhnya perkhidmatan dan aktiviti di PEDi tersebut.

Antara tugas dan fungsi yang perlu dilaksanakan oleh Panel Penasihat/PEDi adalah membantu dalam memastikan PEDi mendapat sambutan komuniti setempat, merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti promosi, sosial dan ekonomi berkaitan PEDi. Memberi s okongan dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti dan program yang dijalankan di PEDi bagi mendapatkan maklumat berkaitan masalah-masalah sosioekonomi masyarakat setempat dan bekerjasama antara masyarakat setempat dan pihak-pihak yang terlibat dalam usaha menangani masalah tersebut. Berkolaborasi dengan NGO, kumpulan sukarelawan, persatuan dan pertubuhan dalam pelaksanaan aktiviti dan program di PEDi, serta membantu dalam penyaluran maklumat-maklumat yang tepat berkaitan aktiviti, program dan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di PEDi kepada kumpulan sasar dan masyarakat.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *