Pes ROMMAS

Usahawan terpilih kali ini adalah Pn Norhazwani. Beliau menjalankan perniagaan memproses rempah basah atau pes berjenama ROMMAS sejak 7 tahun lepas dan kini mempunyai kilang sendiri di Kampung Nessam Bintong. Beliau juga turut menerima tempahan secara dalam talian menerusi laman media sosial Facebook, WeChat dan Instagram. Sebelum terlibat dengan PEDi, pasaran bagi produk hanya tertumpu kepada pengedaran ke kedai dan pasaraya tertentu sahaja. Jenama juga hanya dikenali dalam negeri sahaja dan dari bualan pengedar sahaja.

Menerusi bimbingan yang diberi melalui kelas-kelas yang dihadiri di PEDi Batas Lintang, Pn Norhazwani mempelajari teknik pemasaran produk lebih berkesan dan meluas bukan sahaja ke seluruh Perlis bahkan ke seluruh Malaysia kerana kesedaran penggunaan internet dan media sosial dan dibantu oleh platform Agrobazaar Online yang disediakan FAMA.

Kadar kuantiti tempahan meningkat dan pengedaran produk lebih sistematik. Pendapatan dan permintaan juga semakin meningkat. Beliau juga mempelajari cara membuat banner promosi untuk portal Agrobazaar Online dengan tunjuk ajar dari kakitangan dan kemudahan PEDi Batas Lintang. Menambah ilmu dari segi strategi pemasaran secara online, dan media sosial dan mempelajari cara mencipta video koporat ringkas menggunakan aplikasi Movie Maker.