Nurshaheera binti Rosman

Nurshaheera binti Rosman merupakan salah seorang pelajar tahun 6 SK Abg Buyuk, Jerijeh dan juga merupakan penduduk tempatan Kampung Jerijeh. Beliau merupakan seorang pelajar yang mempunyai perwatakan yang santai serta mudah untuk bergaul dengan pelajar yang lain. Beliau sering mengunjungi Pusat Ekonomi Digital Kampung Jerijeh (PEDi Kg Jerijeh) untuk membuat kerja sekolah dimana pada pandemik Covid-19, pelajar diberi tugasan sekolah melalui kelas atas talian. Beliau akan mengunjungi PEDi Kg Jerijeh menggunakan perkhidmatan internet untuk menghadiri kelas online dan mengikuti segala latihan asas ICT yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet. Shaddiq mula menjadi ahli PEDi Kg Jerijeh pada pertengahan tahun 2019.

Menjadi ahli PEDi telah memberi kesan yang positif kepada diri beliau di mana berlaku peningkatan pengetahuan tentang ilmu ICT. Beliau mengambil peluang pada masa lapang untuk mengikuti apa sahaja aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PEDi. Tambahan pula, kemudahan PEDi yang serba lengkap dan canggih membantu dan memudahkan beliau untuk mempelajari dengan lebih dalam lagi tentang ilmu digital dan ICT.

Segala urusan mencari maklumat pelajaran juga dapat dilaksanakan dengan sebaiknya apabila adanya perkhidmatan komputer dan capaian internet yang tinggi. Pelajar ini juga telah mendaftar sebagai salah seorang pelajar Program Maxis eKelas.