Wong Ajong, Marup

Terletak lebih kurang 35 minit perjalanan menggunakan kereta dari Pekan Engkilili. Yuran kemasukkan ke kawasan Wong Ajong ialah sebanyak RM 1.00 ( Dewasa) dan RM0.50 (Kanak-kanak). Terdapat kemudahan seperti tandas, bilik persalinan, pondok bermalam, meja dan kerusi untuk aktiviti berbeku.

Untuk sampai ke Wong Ajong dari pintu masuk, pengunjung hanya boleh menggunakan kenderaan seperti motosikal, basikal atau berjalan kaki sahaja. Perjalanan akan mengambil masa kira-kira 25 minit berjalan kaki untuk sampai ke Wong Ajong.