Jeram Linang

Pusat rekreasi Jeram Linang merupakan kawasan air terjun berbatu, dan mempunyai laluan untuk mendaki ke puncak air terjun.

Kawasan mandi untuk golongan dewasa dan kanak juga disediakan. Terdapat juga play ground untuk kanak-kanak dan kawasan ini merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk tapak perkhemahan. Selain itu, kawasan ini juga disediakan dengan dewan dan restoran masakan panas.

Kawasan letak kereta disediakan untuk kemudahan pengunjung dan juga terdapat satu mini zoo disediakan di sini oleh pihak Pejabat Hutan Negeri Kelantan.