Bio Silver Asahan Water Theme Park

Bio Silver Asahan, Water Theme Park adalah tempat riadah dan rekreasi yang masih mengekekalkan keaslian alam itu sendiri dengan kedudukkan yang sangat unik dimana ia terletak diantara sempadan tiga kawasan negeri iaitu Negeri Melaka , Negeri Johor dan Negeri Sembilan.

Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik yang disediakan antaranya aktiviti jungle tracking, ATV, kayak dan sebagainya dengan suasana yang sangat nyaman dikelilingi dengan kehijauan dan dilatari dengan pemndangan Gunung Ledang.