Nurhedlin Anak Asun

Nurhedlin Anak Asun merupakan remaja yang berumur 18 tahun. Beliau merupakan usahawan pua kumbu dan sering ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang bagi menggunakan kemudahan internet yang tersedia untuk mempromosikan produk beliau di dalam laman sosial samada melalui facebook, blog mahupun kedai online seperti mudah.com.my.

Sebelum melibatkan diri di PEDi, Nurhedlin kurang pengetahuan di dalam perniagaan online khususnya dalam aspek pasaran produk, promosi produk dan juga kurang pendedahan terhadap ilmu keusahawanan. Selepas penglibatan di PEDi, beliau semakin giat untuk melakukan perniagaan beliau di atas talian dan mendapat sambutan daripada pengguna.