Sasha Valencia

Sasha Valencia merupakan salah seorang ahli PEDi Bengoh. Beliau mendaftar sebagai ahli pada 11 Mac 2017. Beliau berumur 11 tahun dan bersekolah di SK Taba Sait. Sebelum wujudnya PEDi Bengoh, beliau kurang mengetahui fungsi Microsoft Word, Paint, Microsoft Power Point. Beliau juga sukar untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan pembelajaran.

Namun, setelah beliau mengikuti kelas-kelas ICT yang diadakan di PEDi Bengoh, beliau telah semakin mahir menggunakan aplikasi yang sedia ada di dalam komputer. Beliau juga turut menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PEDi Bengoh dari awal pencarian maklumat sehingga menyiapkan kerja sekolah.

Bahkan, sewaktu cuti sekolah, beliau banyak meluangkan masa di PEDi Bengoh bagi tujuan pembelajaran. Beliau juga tidak pernah ketinggalan untuk menyertai kelas-kelas yang dianjurkan oleh pihak PEDi.