Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil

Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil merupakan kompleks sukan yang terbesar di Malaysia dan menempatkan pelbagai kemudahan dan prasarana sukan bertaraf antarabangsa. Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil menempatkan Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Putra Bukit Jalil, Stadium Hoki Nasional, Pusat Akuatik Nasional, Pusat Squash Nasional dan Bukit Jalil Golf and Country Club.

Selain itu, terdapat juga kemudahan pengangkutan awam seperti Bas Rapid KL dan LRT disediakan yang memudahkan pengunjung untuk datang ke sini.