Batu Caves

Batu Caves merupakan tempat pelancongan yang terletak 3 kilometer daripada PPR Taman Intan Baiduri. Batu Caves adalah bukit batu kapur yang mempunyai satu siri gua dan kuil gua. Ia mengambil namanya dari Sungai Batu atau Batu River, yang mengalir melepasi bukit. Batu Caves juga merupakan nama kampung berdekatan.

Gua ini adalah salah satu kuil Hindu yang paling popular di luar India, khusus kepada Dewa Subramaniam. Ia merupakan titik tumpuan Hindu semasa perayaan Thaipusam di Malaysia.