Taman Layang-layang Kepong

Taman Layang-Layang Kepong atau dikenali sebagai Taman Metropolitan Kepong, yang terletak di hujung utara Jinjang. Taman ini terkenal dalam kalangan penduduk tempatan untuk aktiviti bermain layang-layang dan aktiviti riadah.

Selain itu, terdapat juga taman-taman permainan, taman rekreasi, dan aktiviti-aktiviti keusahawanan yang terbuka kepada semua pengunjung. Taman ini dibuka pada setiap hari.