Encik Zamri Bin Ariffin

Encik Zamri Bin Ariffin merupakan penghulu di Kawasan Gunung Semanggol berumur 44 tahun. Walaupun beliau seorang penghulu kampung, tetapi beliau kurang mahir dalam penggunaan komputer dan juga internet.Beliau menjadi ahli PEDi Gunung Semanggol sejak Februari 2017. Dengan adanya kemudahan yang disediakan di Pusat internet, beliau kini lebih mahir dalam penggunaan komputer.

Sejak akhir-akhir ini tugasan beliau memerlukan kegiatan menggunakan komputer untuk mengemaskini portal-portal kampung serta banyak menggunakan e-mail untuk menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan. Beliau mempelajari bagaimana cara untuk mengasingkan email kerja dan juga email persendirian. Beliau juga mempelajari bagaimana untuk ‘copy and paste’ dan ‘transfer folder’ dari komputer ke dalam pendrive.