KLB Garden

Bandar Tebedu yang terletak di bahagian Serian merupakan jolokan sebagai Bandar Mutiara. Ia terletak di sempadan Malaysia-Indonesia yang merupakan hab perniagaan antara Malaysia Indonesia sejak zaman dahulu. KLB Garden ialah Agro Farm dan Zoo Mini yang menawarkan konsep santai bersama keluarga dengan menerokai alam sekitar di KLB Garden.

Ia telah dibuka pada tahun 2018 iaitu salah satu tempat peranginan terbaru di Sarawak. Pengunjung berpeluang merasai keseronokan Borneo melalui flora dan fauna yang terdapat di KLB Garden. Terdapat banyak haiwan dan tumbuhan eksotik selain replika menarik disediakan disitu. Selain itu, KLB Garden turut menawarkan platform pendidikan kepada sekolah-sekoalh dengan menganjurkan kem-kem kepada pelajar sekolah.

Selain menawarkan percutian yang menarik kepada keluarga, KLB Garden turut menyediakan ruang mesyuarat untuk agensi seperti kerajaan dan swasta untuk mengadakan mesyuarat. Terdapat banyak aktiviti menarik antaranya ialah, berbasikal, berkayak, menaiki bot dan macam-macam lagi.


-Masa Operasi:
Setiap Hari: 0830 am hingga 1800 pm
-Harga Tiket:
RM 14 Kanak-Kanak (Umur 5 – 12)
RM 22 Dewasa (Umur 13 – 64)
FREE Bayi (4 tahun ke bawah)
FREE Warga Emas (65 tahun dan ke atas)
FREE Disabled (OKU)
FAMILY PACKAGE (RM 64)
2 Adults + 2 Children
2 Sets of KLB Garden Souvenirs
2 Complimentary Tickets for Next Visit – Buy 1 Adult Free 1 Child
2 Discount Vouchers RM2 for Next Visit
4 bottles of 500ml KLB Drinking Water