Bengkel Keusahawan Digital

Kelas keusahawanan telah dijalankan pada 17 Ogos 2023 pada pukul 10 pagi sehingga pukul 1 petang. Kelas ini dihadiri oleh 3 orang usahawan sekuau. Untuk kelas ini, tumpuan yang diberikan adalah untuk meningkatkan kemahiran, pendidikan, kepimpinan, peningkatan sahsiah diri dan penjanaan pendapatan serta memastikan golongan belia sentiasa berada di landasan perkembangan teknologi terkini.

Objektif program ini adalah bertujuan untuk membantu menajamkan teknik pemasaran khususnya dalam pemasaran atas talian dan memahami teknik-teknik pemasaran digital terkini yang dapat menjimatkan kos dan masa. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membantu meningkatkan jualan dan pendapatan para belia menerusi platform pemasaran secara digital dan memahami teknik pemasaran yang bersesuaian dengan produk yang diniagakan.