Daging Puyuh Segar

Encik Jukria bin Daoud merupakan seorang penternak daging puyuh di kawasan Asajaya Samarahan Sarawak. Menjadi ahli PEDi pada awal tahun ini beliau dan mendapat bimbingan secara peribadi dari segi ICT untuk membantu mempromosikan produk beliau melalui internet menggunakan facebook.
Beliau adalah seorang yang rajin datang ke PEDi sekiranya beliau mempunyai masa terluang, masa tersebut beliau gunakan untuk mendapat pendapat dan selalu bertanya tentang ICT sekiranya beliau kurang paham berkaitan internet.

Facebook dan aplikasi wassap juga dipraktikkan oleh beliau untuk memasarkan, mempromosi serta mendapat maklumbalas dari pengguna yang membeli produk beliau. Kini, beliau sedang mempelajari adobe photoshop untuk membuat label pada produk beliau.

Untuk produk berkaitan puyuh, sila hubungi 014-888 3299