Encik Abang Husaini

Celik IT kita untuk bulan Mac iaitu Encik Abang Husaini yang berusia 54 tahun, beliau telah mendaftar sebagai ahli di PEDi Piasau pada tahun 2017 dan mula menyertai kelas ICT yang diadakan. Di situlah beliau mempelajari semua modul pembelajaran yang disediakan, iaitu asas komputer, pengenalan internet, Selain itu, beliau juga turut diajar penggunaan microsoft Publishing.

Setelah mengikuti beberapa bengkel dan program kesedaran ICT, beliau kini yakin untuk memiliki dan menggunakan komputer riba yang dilengkapi dengan akaun internet di rumah bagi memudahkan beliau melaksanakan urusan kerja dari rumah. Beliau banyak meluangkan masa di PEDi Piasau untuk melakukan urusan kerja beliau. Aplikasi elektronik tersebut banyak membantu beliau memudahkan urusan seharian, di samping menjimatkan kos, masa dan tenaga.