Muhammad Muzamir Aqashah

Muhammad Muzamir Aqashah berumur 12 tahun ketika mendaftar menjadi ahli PI. Sebelum itu, beliau mendaftar menjadi pelawat sahaja dan hanya datang ke PI hanya untuk mengisi masa lapang beliau di petang hari atau cuti sekolah dengan bermain games di fb sambil dipantau oleh petugas.Bermula dari itu, beliau mula terlibat dengan program serta kelas computer di PI secra aktif.

Hasil dari kelas kemahiran computer dan program literasi digital PI, beliau sudah mampu untuk menggunakan Microsoft Office seperti Word, Powerpoint Publisher (untuk membuat kad ucapan), serta software Paint. Selain daripada itu, beliau juga turut diperkenalkan dengan laman web pendididkan yang interaktif seperti abcya.com dan gamestolearnenglish.com yang menbantu meningkatkan kemahiran beliau terutamanya dalam Bahasa English dan matematik.

Selepas penglibatan PI, melalui pendedahan dan bimbingan petugas PI , kini beliau bukan sahaja semakin mahir menggunakan komputer malahan semakin baik dalam mencari maklumat di internet. Walaupun ketika itu beliau hanya di bersekolah rendah, namun, beliau sudah mampu menaip dan mencari maklumat lebih baik dari rakan seusia beliau.