Norhaiza Binti Jaafar

Norhaiza Binti Jaafar merupakan pelajar sekolah mengengah dan merupakan ahli PEDi Batang Maro sejak awal penubuhan. Beliau selau mengikuti kelas-kelas yang diadakan di PEDi Batang Maro dan menggunakan sepenuhnya perkhidmatan yang disediakan untuk mencari maklumat bagi menyiapkan kerja kursus beliau. Selan itu, beiau juga merupakan pelajar yang rajin bertanya berkenaan pelajaran kepada petugas PEDi. Sikap gigih beliau untuk belajar menjadikan beliau lebih mahir menggunakan Microsoft Word, Powerpoint, Prezi dan Canva.

Bermula dengan zero pengetahuan dalam IT, beliau kini telah mahir menggunakan peralatan ICT. Beliau juga memanfaatkan sepenuhnya kelengkapan yang ada di Pusat Internet untuk belajar dan memahirkan diri dengan platform pembelajaran dalam talian seperti menggunakan Youtube dan Google sebagai sumber rujukan. Beliau sangat berterima kasih kerana kewujudan Pusat Internet ini sangat menbantu beliau dari segi akademik dan juga dalam bidang IT.