Kuih Tradisi Dan Moden

Puan Fazilah Man merupakan seorang usahawan makanan yang berpusat di Putrajaya. Beliau yang berpengalaman lebih 7 tahun dalam bidang penyediaan makanan dan pernah menerima tempahan daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di sekitar Putrajaya, begitu komited dalam menjalankan perniagaan yang beliau minati.

Pernah menjadi tokoh usahawan Success Story PI Presint 18 kira-kira 2 tahun yang lalu, kini beliau membuktikan yang beliau sememangnya mampu meningkatkan prestasi perniagaan beliau sendiri. Lebih selesa bekerja bersama keluarga dalam menyiapkan tempahan makanan, beliau kini merupakan salah seorang katerer yang agak aktif dan sering menerima tempahan di sekitar pejabat-pejabat agensi kerajaan khususnya Putrajaya.

Sekiranya anda ingin menikmati juadah makan yang lazat, sila hubungi Puan Fazilah untuk maklumat lanjut melalui telefon di 013 261 6330 atau 014 263 5596.