Usahawan Jersi

Nama: Anuar Bin Ibrahim@Zahari
Umur: 26 Tahun
Email: borongjersimurah@gmail.com
Alamat: Kedai Jersi Bola38, No 25 Tingkat Atas ,Maza D Mara Rantau Panjang , 17200 Rantau Panjang, Kelantan

En.Anuar telah memulakan perniagaan pada awal tahun 2015 secara kecil-kecilan melalui media sosial seperti Facebook dan Whataaps. Beliau menjadi agent dropship pakaian jersi dan menjual pakaian bundle.Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500- RM800 sebulan dan permintaan adalah kurang mendapat sambutan serta terpaksa menunggu tempoh yang lama untuk menghabiskan stok pakaian bundle.

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PEDi Kg. Lawang, beliau kini telah memiliki facebook page sendiri, wechat serta akaun di mudah.my sekali gus dapat mempromosikan dengan lebih luas dan berkesan. Pelanggan beliau pula adalah terdiri daripada seluruh negeri termasuk Sabah dan Serawak yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut.

Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 hingga RM2300 sebulan. Melalui kelas yang dihadiri oleh saudara Anuar, beliau dapat mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, mudah.my, whatapp.

Selain itu, dapat mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung atau rugi sesuatu perniagaan. Saudara Anuar juga mempelajari cara mengambil order melalui FB dan Whatapps serta cara untuk “boost” iklan di Facebook dengan FB Ads. PI membantu perkembangan perniagaan dan peningkatan tahap kemahiran ICT untuk mempromosikan produk.