Bakul Anyaman

Puan Hamisiah merupakan surirumah sepenuh masa. Bakul anyaman yang dibuat oleh Puan Hamisiah Rose merupakan produk kraf tradisional yang hanya boleh di dapati di Sarawak sahaja. Berkat bantuan PEDi, beliau mampu membuat bakul yang menarik dengan melihat contoh-contoh corak di internet.

Beliau melibatkan diri dalam pembuatan bakul anyaman pada tahun 2016 dan mula mengambil tempahan pada hujung tahun 2016. Tempahan sekarang masih tertumpu di sekitar kampung halaman sahaja. Hingga kini, telah banyak bakul yang telah dijual dan mendapat sambutan yang membanggakan. Satu bakul dijual dengan harga RM10 – RM25 mengikut saiz.

Hubungi Puan Hamisiah untuk tempahan di talian 014 586 7889.