Nur Syaza Syafiqah binti Ramadhan

Nur Syaza Syafiqah binti Ramadhan merupakan anak guru di sekolah kebangsaan chalil. Didaftar oleh bapanya sendiri untuk mengikuti kelas asas ICT yang dianjurkan di PEDi Kesedar Chalil. Nur Syaza merupakan pelajar darjah 6 dan tidak mempunyai lansung pengetahuan mengenai komputer dan ICT. Faktor tersebut mendorong Encik Ramadhan mendaftarkan anak beliau di PEDi. Selain itu, Encik Ramadhan meminta staf PEDi untuk memberi pendedahan pembelajaran diatas talian kepada anaknya secara Khusus. Nur Syaza merupakan ahli yang ke c317 secara rasmi berdaftar pada bulan Januari 2018.

Selepas mengikuti beberapa kelas yang dianjurkan oleh PEDi, Nur Syaza menunjukkan peningkatan dalam penggunaan komputer. Nur Syaza juga mampu menaip dengan lebih pantas dan berjaya membuat jadual kelas dengan menggunakan “table” dalam Microsoft Word. Selain itu, antara perubahan lain setelah mengikuti kelas ICT di PEDi adalah Nur Syaza semakin mahir mencari bahan melalui carian di internet serta boleh berinteraksi dengan baik dalam pembentangan. PEDi juga turut memberi pendedahan kepada Nur Syaza berkenaan Klik Dengan Bijak dan pengurusan sisa elektronik(e-Waste).