Taman Rekreasi Bukit Jalil

Taman Rekreasi Bukit Jalil terletak lebih kurang 5 km dari PPR Pinggiran Bukit Jalil. Ia terletak berhampiran dengan Bukit Jalil Golf Club di tepi Lebuhraya Sungai Besi Puchong.

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan bagi memudahkan pengunjung melakukan aktiviti rekreasi di sini seperti trek jalan kaki, litar refleksologi, mini gimnasium terbuka dan taman permainan kanak-kanak.