Jamu Kunyit

Kisah kejayaan pada kali ini mengisahkan seorang individu yang bernama Nur Shafizah Binti Mohd Sanusi, dimana beliau merupakan seorang usawahan online kecil-kecilan di mana beliau menjual jamu kunyit secara online. Jamu ini dihasilkan dengan menggunakan bahan semulajadi. Beliau juga telah mendaftarkan perniagaan beliau di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada awal mei 2016 yang lalu.

Selepas mengikuti kelas usahawan anjuran PI Presint 16, Cik Shafizah banyak mengadaptasi ajaran tenaga pengajar pada urusan perniagaannya. Ini dapat dilihat pada akaun facebook beliau, di mana beliau banyak kemaskini timeline facebook mengikut nasihat tenaga pengajar. Melalui bengkel keusahawanan yang dihadiri beliau kini lebih berpengetahuan berkenaan dengan perniagaan dan pemasaran. Disamping itu, beliau juga peroleh banyak ilmu baru yang penting dalam menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Apa yang dipelajari melalui PI:

Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog & instagram
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan:

Dengan menghadiri kelas anjuran PI ia sedikit sebanyak membantu saya dalam perniagaan online saya.
PI membantu mempromosikan produk