Kopi Tenggek

Kopi Tenggek merupakan satu produk minuman yang telah diusahakan dan dipelopori oleh Lekor Chips HQ. Minuman yang diberi nama Kopi Tenggek Tanjung Piai ini menjadi inisiatif yang digerakkan oleh pemilik Lekorchips Cafe yang diketuai oleh pengasasnya Tuan Haji Ghazaly bin Ayub. Selain menawarkan makanan utamanya iaitu keropok lekor, pihak Lekorchips juga ada menawarkan menu istimewa yang lain seperti nasi arab dan pelbagai aneka kerepek yang lain.

Menurut pemiliknya, kopi tenggek ini boleh didapati percuma pada setiap hari bermula 8.30 pagi hingga 10 pagi oleh pelanggan yang hadir ke cafe. Kopi Tenggek ini juga telah dinovasikan kepada pek baru dan boleh dibeli oleh pelanggan yang datang dengan harga serendah RM 25. Di samping strategi untuk memasarkan produk industri kecil dan sederhana, kopi tenggek ini turut menjadi platform bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk hadir ke Tanjung Piai.

Maklumat lanjut sila hubungi 013-747 4600