Jeram Mengaji

Jeram Mengaji atau juga dikenali Jeram Mak Nenek telah dibuka kepada awam pada tahun 2005. Ianya terletak lebih kurang enam kilometer dari Pekan Selising atau 22 km dari Bandar Pasir Puteh. Jeram Mengaji agak istimewa kerana kewujudannya yang terletak di kawasan kampung dan merupakan destinasi pelancongan di kawasan Pasir Puteh.Kemudahan penginapan terdapat di sini yang di sediakan penduduk di kawasan ini.

Jeram Mengaji menyediakan Chalet, surau, tandas awam dan rumah penginapan sementara untuk berehat yang terletak di kawasan Jeram Mengaji. Di kawasan Jeram Mengaji para pelancong boleh melihat keindahan alam yang belum di cerobohi dan tanaman-tanaman yang segar di kawasan ini seperti tumbuhan herba. Disini juga disediakan kemudahan meletak kenderaan, pondok-pondok rehat, anak tangga serta tapak perkemahan yang luas bagi tujuan rekreasi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 09 7892120